- JomSewa
- Alat percuma
- Jana perjanjian
Jana perjanjian sewa kereta (PDF) percuma
Isi butiran syarikat, penyewa, kereta dan bayaran. Perjanjian lengkap dengan 7 terma standard, senarai serah kereta dan ruang tandatangan terus siap di bawah. Tekan Cetak / Simpan PDF.
Bukan nasihat undang-undang. Terma dalam templat ini ialah terma standard yang JomSewa cetak untuk pelanggannya, diterjemah ke Bahasa Melayu. Ia panduan am; untuk terma yang mengikat bisnes anda, semak dengan peguam.
Pratonton perjanjian
Cara guna template perjanjian sewa kereta ini
- Isi butiran syarikat sekali sahaja. Browser ini ingat untuk kali seterusnya.
- Isi penyewa, kereta, tarikh dan masa ambil serta pulang. Bilangan hari dan jumlah sewa dikira sendiri (kadar sehari × hari), atau taip jumlah anda sendiri.
- Pilih polisi minyak, isi deposit, caj lewat dan had km jika ada, dan tambah syarat anda sendiri.
- Semak pratonton, tekan Cetak / Simpan PDF. Pada telefon, pilih "Simpan sebagai PDF" untuk hantar kepada penyewa melalui WhatsApp atau emel.
- Masa serah kunci, isi jadual mileage, minyak dan kerosakan sedia ada dengan tangan, kemudian kedua-dua pihak tandatangan.
Contoh perjanjian sewa kereta: 7 terma standard
Terma ini ialah terma lalai yang JomSewa cetak pada perjanjian setiap pelanggan yang belum tulis terma sendiri. Ini maksud setiap satu dalam kerja harian:
- Lesen dan IC. Penyewa tunjuk lesen yang sah bersama IC atau pasport masa ambil kereta. Semak tarikh tamat lesen dan pastikan nama sama dengan IC.
- Pulang ikut masa. Tarikh, masa dan tempat pulang ditulis dalam perjanjian. Lewat boleh dicaj ikut jam atau hari; isi kadar caj lewat sejam supaya tiada pertikaian.
- Minyak. Paras minyak mesti sama seperti masa ambil. Pilih "penuh-ke-penuh" jika kereta diserah dengan tangki penuh, atau "sama paras" jika tidak.
- Saman, tol dan parkir sepanjang tempoh sewa ditanggung penyewa. Tarikh dan masa dalam perjanjian membantu bila saman sampai berminggu kemudian.
- Kerosakan dan kemalangan mesti dilaporkan segera. Kos yang tidak dilindungi insurans ditanggung penyewa dan boleh ditolak daripada deposit. Sebab itu jadual kerosakan sedia ada penting.
- Larangan. Tiada merokok, haiwan atau penggunaan yang menyalahi undang-undang, dan tidak dibawa keluar dari Semenanjung Malaysia tanpa kebenaran bertulis.
- Deposit dipulangkan selepas kereta dipulang dan diperiksa, tolak potongan di atas. Guna kalkulator deposit untuk kira baki dan pulangan.
Surat perjanjian sewa kereta PDF atau borang bercetak?
Kedua-duanya sama isi. PDF mudah dihantar sebelum hari ambil supaya penyewa baca dulu; borang bercetak sesuai untuk ditandatangan masa serah kunci. Ramai pemilik hantar PDF dulu, kemudian cetak satu salinan untuk tandatangan dan simpan gambarnya.
Perjanjian sahaja tak cukup tanpa bukti keadaan kereta. Gunakan borang pemeriksaan kereta untuk rekod calar, mileage dan minyak masa ambil dan pulang. Untuk senarai lengkap apa patut ada dalam perjanjian, baca perjanjian sewa kereta: apa yang perlu ada.
Bila borang ini dah tak cukup
Borang percuma ini sesuai untuk beberapa sewaan seminggu. Bila tempahan makin banyak, kerja menaip butiran yang sama berulang-ulang dan menyimpan PDF dalam telefon jadi susah dikesan. Dalam JomSewa, setiap tempahan terus ada perjanjian, invois, rekod deposit dan pemeriksaan kereta, dan sistem sekat double booking.
Templat ini panduan am, bukan nasihat undang-undang. JomSewa tidak menyimpan atau menerima apa-apa data yang anda isi di halaman ini.
Soalan lazim
Adakah perjanjian sewa kereta ini sah?
Perjanjian yang ditandatangan penyewa dan syarikat ialah rekod bertulis tentang apa yang dipersetujui. Tetapi templat ini panduan am, bukan nasihat undang-undang, dan kami tak boleh jamin ia sesuai untuk setiap keadaan. Untuk terma yang mengikat bisnes anda, semak dengan peguam.
Boleh tukar atau tambah terma dalam perjanjian ini?
Boleh tambah. Tulis syarat anda sendiri dalam kotak Syarat tambahan dan ia dicetak selepas 7 terma standard. Dalam JomSewa, anda boleh gantikan terma standard sepenuhnya dengan terma syarikat anda, dan terma itu dicetak pada setiap perjanjian.
Perlu cop syarikat pada perjanjian sewa kereta?
Borang ini tidak memerlukan cop; ia ada ruang tandatangan penyewa dan wakil syarikat. Ada syarikat yang cop di sebelah tandatangan wakil syarikat sebagai amalan sendiri. Jika anda tak pasti sama ada perlu, tanya peguam anda.
Berapa lama perlu simpan perjanjian sewa kereta?
Tiada satu tempoh untuk semua bisnes; ia bergantung pada keperluan akaun, cukai dan insurans anda. Sekurang-kurangnya simpan sehingga deposit dipulang dan semua saman atau tuntutan selesai, dan jangan simpan salinan IC lebih lama daripada perlu. Dalam JomSewa, salinan IC dan lesen dipadam ikut tetapan simpanan anda (lalai 12 bulan selepas sewaan tamat).
Data penyewa yang saya isi dihantar ke mana-mana?
Tidak. Perjanjian dijana dalam browser anda dan tiada apa dihantar ke pelayan kami. Hanya butiran syarikat anda disimpan dalam browser ini supaya tak perlu taip semula; butiran penyewa hilang bila anda tutup halaman.
Alat lain: Kalkulator deposit · Senarai semak pemeriksaan kereta · Cara mula bisnes kereta sewa