Jom upgrade bisnes kereta sewa anda dengan lebih sistematik

JomSewa ialah sistem pengurusan kereta sewa untuk pemilik di Malaysia yang ada 1 hingga 20 kereta. Pelanggan isi borang tempahan sendiri, anda cuma semak dan sahkan.

Tiada kad diperlukan · Daftar dalam 1 minit

Paparan JomSewa: tempahan baru dari link pelanggan menunggu pengesahan
Contoh paparan · data demo

Biasa jadi?

Kalau ni hari-hari anda, anda tak keseorangan

“Boleh hantar IC dengan lesen?”

Setiap tempahan, minta IC, lesen, alamat dan no. waris satu-satu dalam WhatsApp. Lepas tu salin pula ke buku atau Excel.

“Alamak, kereta ni dah ada orang ambil”

Dua pelanggan, satu kereta, tarikh sama. Kena minta maaf dan cari kereta lain saat akhir.

“Extend 5 jam ni nak caj berapa?”

Kira caj extend dan baki deposit dengan kalkulator, sambil pelanggan berdiri tunggu.

Benda kecil ni sebenarnya mahal

  • Pelanggan yang tunggu lama balasan WhatsApp terus tanya kedai lain.
  • Sejam dua setiap hari habis salin butiran dan kira bayaran.
  • Deposit yang lupa direkod. Siapa dah pulang, siapa belum?

JomSewa ambil alih kerja rekod ni, supaya anda boleh fokus serah kereta dan layan pelanggan.

Apa yang berubah

Sistem kereta sewa yang ringankan kerja rekod

Pelanggan isi butiran sendiri

Kongsi satu link. Pelanggan pilih tarikh, pilih kereta yang kosong, isi IC, alamat, waris dan akaun bank untuk pulang deposit.

Tiada lagi double booking

Kereta yang dah ditempah atau masuk bengkel tak boleh ditempah untuk masa sama, termasuk masa rehat antara sewa.

Caj extend dikira untuk anda

Kadar sehari, half day dan sejam, dengan pilihan 1 jam grace. Tekan +3 jam, terus nampak berapa nak kutip.

Deposit tak bercampur dengan sewa

Rekod deposit diterima, dipulang atau dipotong, berasingan dari bayaran sewa. Senarai deposit belum pulang sentiasa ada.

Invois & perjanjian siap

Nombor invois berjalan, no. SSM dan akaun bank & QR anda bila ada baki. Tandatangan syarikat tercetak pada perjanjian.

Pemeriksaan masa ambil & pulang

Rekod mileage, minyak dan keadaan kereta. Simpan gambar dalam tempahan yang sama.

Tengok sendiri

Ini paparan sebenar JomSewa

Pelanggan pilih tarikh, kemudian kereta yang kosong
Pelanggan pilih tarikh, kemudian kereta yang kosong
Pelanggan isi IC, alamat & waris sendiri
Pelanggan isi IC, alamat & waris sendiri
Tempahan dari link masuk ke senarai anda
Tempahan dari link masuk ke senarai anda
Sewa dan deposit direkod berasingan
Sewa dan deposit direkod berasingan
Invois bernombor dengan no. SSM
Invois bernombor dengan no. SSM
Perjanjian dengan tandatangan syarikat
Perjanjian dengan tandatangan syarikat

Contoh paparan · data demo. Paparan dari app sebenar, diisi data demo. App pemilik dalam Bahasa Inggeris yang ringkas; borang pelanggan dalam BM & EN.

  • Dibina oleh developer tempatan di Malaysia
  • Pelanggan bayar terus ke akaun bank / DuitNow anda
  • No. SSM anda pada invois & perjanjian
  • Alat PDPA: notis privasi, rekod persetujuan, gambar IC dipadam automatik ikut tempoh anda pilih

Cara guna

3 langkah, dah boleh terima tempahan

  1. Tambah kereta

    Masukkan kereta, plat, harga sehari (dan sejam / half day jika ada) serta deposit. Atau tampal senarai dari Excel.

  2. Kongsi link

    Hidupkan link tempahan anda dan kongsi di WhatsApp, Instagram atau bio.

  3. Sahkan & serah

    Tempahan masuk, anda semak dan sahkan. Rekod bayaran, pemeriksaan, serah kunci.

Harga

Harga jelas, tiada caj tersembunyi

Starter

Sehingga 5 kereta aktif

RM49/bulan

Dibayar setiap bulan

  • Link tempahan pelanggan
  • Sekat double booking
  • Bayaran, deposit & extend
  • Invois & perjanjian sewa
  • Pemeriksaan & gambar
  • Staf tanpa had
  • Alat PDPA
Cuba percuma 14 hari

Pro

Kereta tanpa had

RM99/bulan

Dibayar setiap bulan

  • Link tempahan pelanggan
  • Sekat double booking
  • Bayaran, deposit & extend
  • Invois & perjanjian sewa
  • Pemeriksaan & gambar
  • Staf tanpa had
  • Alat PDPA
Cuba percuma 14 hari

Semua pelan bermula dengan 14 hari percuma. Tiada kad diperlukan.

Jaminan kami, bertulis

Cuba 14 hari percuma tanpa kad. Tak sesuai? Tak perlu bayar apa-apa. Boleh batal bila-bila masa; rekod tempahan & bayaran boleh dieksport (CSV).

Siapa kami

Orang kita, bina untuk kedai kereta sewa kita

JomSewa dibina oleh developer tempatan di Malaysia untuk kedai kereta sewa kecil yang selama ni urus semuanya guna WhatsApp, buku dan kalkulator. Ada soalan atau nak cadang ciri baru? Emel terus kepada kami.

JomSewa dikendalikan oleh Miracle Mikhael Enterprise (SSM JM1034029V / 202503287594).

hello@getjomsewa.com

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya

Tak perlu. JomSewa dibuka dalam browser telefon (Chrome atau Safari). Boleh ‘Add to Home Screen’ supaya ada ikon macam app.

Tidak. Mereka buka link tempahan anda, pilih tarikh dan kereta, isi borang, siap.

Terus ke akaun bank / DuitNow anda sendiri. Pelanggan nampak no. akaun dan QR anda dalam borang tempahan. JomSewa cuma rekod bayaran; kami tak pegang wang anda dan tiada komisen, cuma langganan bulanan.

Setiap bisnes hanya nampak data sendiri. Pelanggan setuju notis privasi (PDPA) sebelum hantar borang, dan gambar IC / lesen dipadam automatik selepas tempoh yang anda pilih (3 bulan hingga 7 tahun).

Boleh, staf tanpa had. Jemput mereka dengan kod jemputan. Staf boleh rekod tempahan, bayaran dan pemeriksaan; harga kereta, refund dan tetapan kekal di tangan owner.

Pilih Starter atau Pro untuk teruskan. Kalau tak langgan, akaun jadi baca-sahaja: data kekal dan boleh dieksport, tapi tak boleh tambah tempahan baru dan link tempahan berhenti.

Boleh, dari halaman langganan dalam app. Yuran yang dah dibayar tidak dipulangkan, jadi gunakan 14 hari percuma untuk cuba betul-betul dulu.

Tak. Tambah kereta satu-satu, tampal senarai dari Excel atau WhatsApp, atau ambil gambar senarai anda. Boleh juga cuba dulu dengan kereta demo.

Mula terima tempahan yang tersusun minggu ni

14 hari percuma, tiada kad. Lepas tu RM49/bulan untuk sehingga 5 kereta, atau RM99/bulan tanpa had.

Cuba percuma 14 hari Atau emel kami