Borang tempahan kereta sewa yang pelanggan isi sendiri

“Boleh hantar IC dengan lesen?” “Alamat?” “No. waris?” Setiap tempahan melalui WhatsApp makan masa, dan butiran perlu disalin semula ke buku atau Excel. Borang tempahan yang pelanggan isi sendiri selesaikan semua itu sekali gus.

Apa yang perlu ada dalam borang tempahan

Tarikh dan kereta

  • Tarikh dan masa ambil serta pulang.
  • Pilihan kereta yang betul-betul kosong pada masa itu, dengan anggaran harga dan deposit.
  • Lokasi ambil atau hantar (pilihan).

Butiran penyewa

  • Nama penuh seperti dalam IC / passport, no. IC / passport dan umur.
  • Kelas lesen memandu.
  • No. telefon WhatsApp, emel (pilihan) dan alamat semasa.
  • Pekerjaan, atau no. matrik untuk pelajar, dan butiran majikan jika bekerja.

Waris dan lain-lain

  • Sekurang-kurangnya seorang kenalan kecemasan dengan hubungan dan no. telefon.
  • Akaun bank untuk pemulangan deposit, supaya tak perlu tanya lagi bila kereta pulang.
  • Destinasi dan tujuan sewaan (pilihan), contohnya balik kampung.

Persetujuan

  • Terma sewaan yang pelanggan tanda satu-satu, dan notis privasi (PDPA) yang dipersetujui sebelum hantar.

Elak double booking

Borang di Google Forms atau WhatsApp tidak tahu kereta mana yang sudah ditempah. Akibatnya, dua pelanggan boleh dapat kereta sama untuk tarikh sama. Borang tempahan yang bagus perlu:

  • Hanya tunjuk kereta yang kosong untuk tarikh dan masa yang dipilih.
  • Kira masa rehat (cuci) selepas setiap pulangan, supaya tempahan tidak rapat sangat.
  • Sekat kereta yang masuk bengkel atau servis.
  • Pegang kereta sementara anda semak permintaan, supaya tiada orang lain ambil slot itu.

Link tempahan JomSewa

Hidupkan link tempahan dalam JomSewa dan kongsi di WhatsApp, Instagram atau bio. Pelanggan pilih tarikh dahulu, kemudian kereta yang kosong, dan isi borang di atas sendiri.

  • Hanya kereta yang kosong ditunjuk. Kereta yang sudah ditempah, dalam masa cuci (cleaning buffer) atau dijadual servis tidak boleh ditempah untuk masa yang sama.
  • Semakan double booking dibuat semasa simpan, jadi dua tempahan serentak untuk slot sama tidak boleh kedua-duanya masuk. Ini juga terpakai bila tempahan diedit atau dibuka semula.
  • Permintaan masuk ke senarai anda sebagai menunggu pengesahan. Anda semak dan sahkan; kereta dipegang sehingga 48 jam sementara itu.
  • Pelanggan baru terus jadi profil pelanggan; pelanggan lama dengan no. telefon sama dipadankan dengan profil sedia ada. Butiran ini digunakan semula dalam invois dan perjanjian sewa.
  • Borang tunjuk no. akaun dan QR anda untuk bayar deposit. Selepas hantar, pelanggan dapat butang WhatsApp untuk hantar gambar IC, lesen dan resit kepada anda.

Pelanggan tidak perlu install apa-apa. Borang dibuka dalam browser telefon, dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Borang tempahan kereta sewa JomSewa yang pelanggan isi sendiri, dengan data contoh: nama, no. IC, umur, lesen, telefon WhatsApp dan alamat
Link tempahan JomSewa (data contoh): pelanggan isi butiran sendiri dari telefon.

Soalan lazim

Pelanggan perlu install app atau daftar akaun?

Tidak. Pelanggan buka link tempahan anda dalam browser telefon, pilih tarikh dan kereta, isi borang dan hantar. Borang ada dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Tempahan dari borang terus disahkan?

Tidak. Ia masuk sebagai permintaan yang menunggu pengesahan anda. Permintaan yang belum disahkan pegang kereta itu sehingga 48 jam (atau sehingga masa ambil), supaya tiada pelanggan lain tempah masa yang sama.

Pelanggan boleh bayar online melalui borang?

Belum. Borang menunjukkan no. akaun bank dan QR DuitNow anda jika anda isi dalam tetapan. Pelanggan bayar terus ke akaun anda dan hantar resit melalui WhatsApp, kemudian anda rekod bayaran dalam JomSewa.

⭐ Suka panduan ini? Tambah JomSewa sebagai sumber pilihan di Google, supaya panduan kami lebih kerap muncul dalam carian dan AI Overview anda.

Mula terima tempahan yang tersusun minggu ni

14 hari percuma, tiada kad. Lepas tu RM49/bulan untuk sehingga 5 kereta, atau RM99/bulan tanpa had.

Cuba percuma 14 hari Atau emel kami