Rekod deposit kereta sewa yang tak bercampur dengan sewa
Deposit ialah wang pelanggan yang anda pegang sementara. Bila rekodnya bercampur dengan bayaran sewa dalam buku atau WhatsApp, mudah terlupa siapa dah dipulangkan dan berapa yang dipotong. Ini cara rekod yang kemas.
Tiga jenis rekod deposit
Setiap ringgit deposit sepatutnya melalui salah satu daripada tiga langkah ini, dan setiap langkah direkod berasingan:
- Diterima: jumlah, tarikh, cara bayar (pindahan bank, DuitNow QR, tunai) dan no. rujukan atau resit.
- Dipulang: jumlah yang dipulangkan, tarikh, ke akaun mana, dan rujukan pindahan.
- Dipotong: jumlah yang anda simpan, dengan sebab yang jelas.
Formula ringkas: deposit dipegang = diterima − dipulang − dipotong. Jika nombor ini bukan sifar selepas kereta pulang, ada deposit yang belum diselesaikan.
Potongan deposit: rekod sebab dan bukti
Potongan paling kerap jadi punca pertikaian. Sebelum potong, pastikan anda ada:
- Paras minyak dan mileage semasa ambil dan pulang.
- Gambar keadaan kereta semasa serah dan semasa pulang, terutama calar atau kemik baru.
- Notis saman, resit tol atau resit bengkel jika potongan untuk kos tersebut.
- Kiraan caj lewat pulang ikut kadar yang tertulis dalam perjanjian.
- Terma potongan yang pelanggan sudah setuju dalam perjanjian sewa.
Beritahu pelanggan jumlah dan sebab potongan secara bertulis, kemudian pulangkan baki secepat mungkin.
Senarai semak harian
- Setiap tempahan aktif: deposit sudah diterima sepenuhnya?
- Setiap kereta yang pulang hari ini: deposit sudah dipulang atau dipotong?
- Akaun bank pelanggan untuk pemulangan sudah ada dan betul?
- Hujung bulan: jumlah deposit dipotong diasingkan dari jualan sewa.
Cara rekod wang JomSewa asingkan deposit
Setiap tempahan dalam JomSewa ada rekod wang sendiri. Bayaran sewa dan refund direkod berasingan dari deposit, jadi baki sewa dan deposit dipegang sentiasa dikira secara berasingan.
- Pilih jenis rekod: Deposit received, Deposit returned atau Deposit kept (dipotong), berasingan dari Rental payment dan Refund.
- Tak boleh terlebih rekod: deposit diterima terhad kepada deposit tempahan, dan pemulangan atau potongan terhad kepada deposit yang masih dipegang. Tekan dua kali pun tak jadi rekod berganda.
- Rekod cara bayar, no. rujukan dan gambar resit (pilihan), disimpan dalam tempahan yang sama.
- Pelanggan isi akaun bank untuk pemulangan deposit dalam borang tempahan. Akaun ditunjuk dalam tempahan dengan butang salin no. akaun.
- Bahagian Deposits to return di skrin Home senaraikan deposit yang masih belum dipulangkan.
- Hanya owner boleh potong deposit; potongan masuk log aktiviti. Laporan bulanan tunjuk jumlah deposit dipotong, dan rekod bayaran boleh dieksport ke CSV.
JomSewa hanya merekod wang yang anda terima atau pulangkan sendiri melalui bank, DuitNow atau tunai. Ia tidak memegang atau memindahkan wang anda.

Soalan lazim
Kenapa deposit perlu diasingkan dari bayaran sewa?
Deposit ialah wang pelanggan yang anda pegang sementara, bukan pendapatan. Kalau dicampur dengan sewa, jualan bulanan nampak lebih tinggi dari sebenar dan susah nak tahu berapa yang masih perlu dipulangkan.
Boleh potong sebahagian deposit sahaja?
Boleh. Dalam JomSewa, rekod potongan untuk jumlah yang disimpan (contohnya kos minyak), kemudian rekod pemulangan untuk baki. Kedua-duanya tak boleh melebihi deposit yang masih dipegang.
Staf boleh potong deposit?
Tidak. Staf boleh rekod deposit diterima dan dipulang, tetapi hanya owner boleh rekod potongan deposit dan refund sewa. Setiap potongan masuk log aktiviti owner.