1. JomSewa
  2. JomSewa vs Excel

JomSewa vs Excel / buku catatan: urus kereta sewa guna apa?

Ada 1–2 kereta dan anda seorang yang uruskan? Excel, Google Sheets atau buku biasanya dah cukup. Bila kereta bertambah, ada staf, atau mula berlaku double booking dan deposit tercicir, sistem khas seperti JomSewa jimatkan masa dan elak silap.

Kami yang bina JomSewa, jadi kami ada kepentingan. Kami cuba adil: di bawah ada bila Excel lebih sesuai.

Perbandingan ringkas

PerkaraExcel / Google SheetsBuku catatan + WhatsAppJomSewa
KosGoogle Sheets percuma; Excel mungkin dah adaHampir percumaRM49/bulan (sehingga 5 kereta aktif) atau RM99/bulan (tanpa had), 14 hari percuma
Elak double bookingSemak sendiri dengan mataSemak sendiriKereta yang dah ditempah atau masuk bengkel tak boleh ditempah untuk masa sama, termasuk masa rehat antara sewa
Butiran pelangganSalin dari WhatsAppMinta satu-satu, tulis tanganPelanggan isi sendiri melalui link tempahan (IC, alamat, waris, akaun bank untuk pulang deposit)
DepositLajur sendiri; mudah bercampur dengan sewaBergantung pada ingatanDiterima, dipulang atau dipotong direkod berasingan; senarai deposit belum pulang
Caj extendFormula sendiriKalkulatorKadar sehari, half day dan sejam, pilihan 1 jam grace
Invois & perjanjianTemplat sendiriBorang bercetakInvois bernombor dengan no. SSM; perjanjian dengan tandatangan syarikat
Pemeriksaan keretaFail lain / gambar dalam telefonBorang kertasMileage, minyak, keadaan dan gambar dalam tempahan yang sama
StafKongsi fail; semua boleh ubah semuaSatu buku, satu tempatStaf tanpa had; harga kereta, refund dan tetapan kekal di tangan owner
FleksibelSangat: susun ikut cara andaSangatIkut aliran kerja JomSewa; rekod boleh dieksport (CSV)

Bila Excel atau buku dah cukup

  • Anda ada 1–2 kereta dan tempahan beberapa kali sebulan.
  • Hanya anda seorang yang ambil tempahan dan serah kereta.
  • Anda suka susun sendiri dan tak kisah semak kalendar dengan mata.
  • Bajet memang sifar buat masa ni. Google Sheets percuma, dan kalkulator deposit serta borang pemeriksaan kami boleh digunakan bersama Sheets tanpa daftar.
Invois sewa kereta bernombor dari JomSewa dengan data contoh: butiran syarikat dengan no. SSM, pelanggan, kereta, jumlah sewa, bayaran dan deposit dipegang
Invois yang JomSewa jana untuk setiap tempahan (data contoh): no. SSM, bayaran dan deposit diasingkan.

Bila patut tukar ke sistem khas

  • Pernah atau hampir double booking.
  • Deposit siapa belum dipulang, anda kena selak buku atau scroll WhatsApp.
  • Ada staf yang ambil tempahan, tapi anda nak harga dan refund kekal di tangan anda.
  • Hari-hari habis masa salin IC dan alamat dari WhatsApp ke Excel.

Perlu tahu juga: app pemilik JomSewa dalam Bahasa Inggeris yang ringkas (borang pelanggan dalam BM & EN), dan bayaran dalam talian untuk pelanggan belum ada. Pelanggan bayar terus ke akaun bank / DuitNow anda, dan anda rekod bayaran dalam JomSewa. Nak tengok pilihan sistem lain juga? Baca panduan sistem kereta sewa terbaik 2027.

Soalan lazim

Excel cukup ke untuk urus kereta sewa?

Cukup jika anda ada 1 hingga 2 kereta, tempahan sedikit dan hanya anda seorang yang rekod. Bila kereta bertambah, ada staf, atau tempahan bertindih mula berlaku, sistem khas lebih jimat masa.

Boleh pindah data dari Excel ke JomSewa?

Boleh. Senarai kereta boleh ditampal terus dari Excel atau WhatsApp, atau ambil gambar senarai anda. Kereta juga boleh ditambah satu-satu.

Kalau berhenti guna JomSewa, data saya hilang ke?

Tidak. Rekod tempahan dan bayaran boleh dieksport sebagai CSV, dan boleh dibuka dalam Excel atau Google Sheets. Jika tidak melanggan selepas percubaan, akaun jadi baca-sahaja dan data kekal.

Berapa harga JomSewa berbanding Excel?

Google Sheets percuma dan Excel mungkin dah ada dalam komputer anda. JomSewa RM49 sebulan untuk sehingga 5 kereta aktif, atau RM99 sebulan tanpa had kereta, selepas 14 hari percuma tanpa kad.

JomSewa dalam Bahasa Melayu ke?

Borang tempahan pelanggan dalam BM dan English. App pemilik pula dalam Bahasa Inggeris yang ringkas.

⭐ Suka panduan ini? Tambah JomSewa sebagai sumber pilihan di Google, supaya panduan kami lebih kerap muncul dalam carian dan AI Overview anda.