1. JomSewa
  2. Panduan
  3. Sistem kereta sewa terbaik 2027

Sistem kereta sewa terbaik Malaysia 2027: 7 pilihan dibanding

Ada 1–2 kereta dan anda seorang yang uruskan? Excel, Google Sheets atau buku + WhatsApp biasanya dah cukup. Kalau kereta makin banyak, ada staf, atau mula berlaku double booking dan deposit tercicir, pilih sistem pengurusan kereta sewa tempatan dalam ringgit, dan cuba percubaan percumanya dulu.

Dikemas kini: · Oleh Wan Nabil

Pendedahan: Kami yang bina JomSewa, jadi kami ada kepentingan. Kami cuba adil: ini bila pilihan lain lebih sesuai. Fakta pesaing diambil dari laman rasmi mereka sendiri pada Oktober 2026.

Apa yang perlu dicari dalam sistem kereta sewa

  • Sekat double booking: kereta yang dah ditempah tak boleh ditempah lagi untuk masa yang sama.
  • Deposit berasingan: deposit diterima, dipulang dan dipotong tak bercampur dengan wang sewa.
  • Kadar fleksibel: sehari, half day, sejam, dan caj extend dikira betul.
  • Pemeriksaan kereta: mileage, minyak dan kerosakan masa ambil & pulang, dengan gambar.
  • Invois & perjanjian yang boleh dicetak, dengan no. SSM anda.
  • Borang tempahan pelanggan supaya anda tak salin IC dan alamat dari WhatsApp.
  • Akses staf yang terhad (staf rekod tempahan, owner kawal harga dan refund).
  • Harga dalam ringgit, percubaan percuma, dan eksport data kalau anda berhenti.
  • Bahasa: semak sama ada app dan sokongan dalam BM jika itu penting untuk staf anda.

Perbandingan ringkas

Harga ialah pelan berbayar paling rendah yang tertera di laman rasmi, disemak Oktober 2026. Harga boleh berubah; semak laman rasmi sebelum melanggan.

PilihanHargaPercubaanSesuai untuk
Buku catatan + WhatsAppHampir percuma–1 kereta, tempahan sekali-sekala
Excel / Google SheetsGoogle Sheets percuma–1–2 kereta, anda seorang yang rekod
JomSewaRM49/bln (sehingga 5 kereta aktif); RM99/bln tanpa had14 hari, tiada kadKedai kecil hingga sederhana yang nak link tempahan, deposit berasingan dan caj extend ikut jam
SewaSyncDari RM29/bln, sehingga 8 kenderaan (disemak Okt 2026)14 hariYang mahu app dalam BM & English
FleetrosPelan percuma RM0; berbayar dari RM29/bln (disemak Okt 2026)Ada pelan percumaBajet sifar, atau perlu GPS / komisen ejen
DriveHiveDari RM39/bln (disemak Okt 2026)5 hariYang mahu tempahan, deposit, pemeriksaan dan bayaran dalam satu dashboard
RentFlowDari RM19.99/bln, 1–5 kenderaan (disemak Okt 2026)7 hariBajet paling rendah untuk sistem berbayar

Setiap pilihan: pilih ini kalau…

1. Buku catatan + WhatsApp

Cara paling ramai mula. Tiada kos, tiada belajar apa-apa. Tapi semua bergantung pada ingatan: siapa dah bayar, deposit siapa belum pulang, kereta mana kosong hujung minggu ni.

Pilih ini kalau anda ada satu kereta dan tempahan sekali-sekala.

2. Excel / Google Sheets

Fleksibel dan percuma (Google Sheets). Boleh susun ikut cara anda dan kongsi dengan pasangan. Kelemahannya, tiada apa yang halang dua tempahan bertindih kecuali mata anda sendiri, dan butiran pelanggan masih perlu disalin dari WhatsApp.

Pilih ini kalau anda ada 1–2 kereta, anda seorang yang rekod, dan bajet memang sifar. Guna bersama kalkulator deposit dan borang pemeriksaan kereta kami yang percuma. Perbandingan penuh: JomSewa vs Excel.

3. JomSewa (kami)

Sistem kereta sewa untuk pemilik bisnes kecil, dibuka dalam browser telefon. Pelanggan isi butiran sendiri melalui satu link (IC, alamat, waris, akaun bank untuk pulang deposit). Kereta yang dah ditempah atau masuk bengkel tak boleh ditempah untuk masa sama. Kadar sehari, half day dan sejam dengan pilihan 1 jam grace. Deposit direkod berasingan. Invois bernombor dengan no. SSM, perjanjian dengan tandatangan syarikat, pemeriksaan dengan gambar, staf tanpa had dan alat PDPA. Rekod boleh dieksport (CSV).

Perlu tahu: app pemilik dalam Bahasa Inggeris yang ringkas (borang pelanggan BM & EN), dan bayaran dalam talian untuk pelanggan belum ada. Pelanggan bayar terus ke akaun bank / DuitNow anda.

Pilih ini kalau anda nak pelanggan isi borang sendiri, deposit kemas, dan caj extend ikut jam dikira untuk anda.

4. SewaSync

Sistem kereta sewa yang menyatakan ia dibina di Malaysia untuk bisnes sewa Malaysia. Laman rasminya menyenaraikan kalendar tempahan yang sekat double booking, rekod pelanggan dengan senarai hitam, invois dengan link kongsi, jejak deposit, laporan kerosakan dengan gambar, tugasan runner dan laman tempahan awam. Bahasa Melayu & English disenaraikan dalam setiap pelan.

Pilih ini kalau app dalam BM penting untuk anda atau staf anda, atau anda mahu harga masuk lebih rendah untuk sehingga 8 kenderaan. Dalam hal ini, SewaSync lebih sesuai daripada JomSewa.

5. Fleetros

Perisian pengurusan armada dan sewa kenderaan dengan kalendar ketersediaan, tempahan, perjanjian sewa e-tandatangan, app mudah alih dan laman tempahan pelanggan, serta pilihan GPS dan bayaran komisen ejen. Ada pelan percuma RM0. Pusat bantuannya dinyatakan dalam Bahasa Inggeris buat masa ini.

Pilih ini kalau bajet anda sifar tetapi anda mahu sistem, atau anda perlukan GPS dan komisen ejen. Untuk bajet sifar, Fleetros lebih sesuai daripada JomSewa.

6. DriveHive

Perisian pengurusan kereta sewa yang menyatakan ia dibina untuk pengusaha sewa Malaysia, dengan tempahan, deposit, pemeriksaan dan bayaran dalam satu dashboard admin. Laman rasminya dalam Bahasa Inggeris.

Pilih ini kalau anda mahu satu dashboard admin untuk tempahan, deposit dan pemeriksaan, dan selesa dengan percubaan yang lebih pendek (5 hari).

7. RentFlow

Platform pengurusan armada "all-in-one" untuk bisnes kereta sewa kecil di Malaysia: jejak kenderaan, urus tempahan dan kutip bayaran. Pelan Starter untuk 1–5 kenderaan.

Pilih ini kalau harga bulanan paling rendah untuk sistem berbayar ialah keutamaan anda.

Skrin senarai tempahan JomSewa dengan data contoh: dua tempahan akan datang, status Pending dan Confirmed, serta baki bayaran
Skrin tempahan JomSewa (data contoh). App pemilik dalam Bahasa Inggeris.

Di mana JomSewa sesuai (dan tidak)

JomSewa paling sesuai untuk kedai kecil yang selama ni guna WhatsApp, buku dan kalkulator, dan mahu tiga perkara: pelanggan isi butiran sendiri, tiada double booking, dan deposit tak bercampur dengan sewa. Starter RM49/bulan untuk sehingga 5 kereta aktif; Pro RM99/bulan tanpa had kereta; bayar tahunan RM468 atau RM948.

JomSewa kurang sesuai jika anda perlukan app pemilik dalam BM, bayaran dalam talian untuk pelanggan, GPS, atau bajet anda memang sifar. Untuk itu, lihat SewaSync, Fleetros atau kekal dengan Google Sheets dulu.

Soalan lazim

Apakah sistem kereta sewa terbaik di Malaysia untuk 2027?

Tiada satu jawapan untuk semua. Untuk 1–2 kereta, Excel atau Google Sheets biasanya cukup. Untuk bisnes yang sedang berkembang, pilih sistem tempatan dalam ringgit yang sekat double booking dan rekod deposit berasingan, seperti JomSewa, SewaSync, Fleetros, DriveHive atau RentFlow. Cuba percubaan percuma dulu sebelum bayar.

Ada ke sistem kereta sewa percuma?

Ada. Google Sheets percuma, dan Fleetros menyenaraikan pelan percuma RM0 di laman harganya (disemak Oktober 2026). Kebanyakan sistem lain menawarkan percubaan percuma antara 5 hingga 14 hari.

Berapa harga sistem pengurusan kereta sewa di Malaysia?

Pelan berbayar paling rendah yang kami semak pada Oktober 2026 bermula sekitar RM19.99 hingga RM49 sebulan, bergantung pada sistem dan bilangan kereta. Semak laman rasmi kerana harga boleh berubah.

Sistem mana yang dalam Bahasa Melayu?

SewaSync menyenaraikan Bahasa Melayu dan English dalam setiap pelan. Fleetros ada laman pemasaran dalam BM. JomSewa: borang tempahan pelanggan dalam BM dan English, tetapi app pemilik dalam Bahasa Inggeris yang ringkas.

Apa yang paling penting dalam sistem kereta sewa?

Sekatan double booking, rekod deposit yang berasingan daripada sewa, kiraan caj extend, pemeriksaan kereta masa ambil dan pulang dengan gambar, invois dan perjanjian, akses staf yang terhad, dan cara eksport data jika anda berhenti.

Boleh ke pindah dari Excel ke sistem kereta sewa?

Boleh. Dalam JomSewa, senarai kereta boleh ditampal terus dari Excel atau WhatsApp. Untuk sistem lain, tanya cara import data semasa tempoh percubaan.

Cara kami buat perbandingan ini

Kami pilih pilihan yang dipasarkan untuk pemilik kereta sewa di Malaysia dengan harga dalam ringgit, ditambah cara manual yang ramai masih guna. Ciri dan harga pesaing diambil dari laman rasmi mereka sendiri pada 26 Oktober 2026; kami tidak mendaftar atau menguji akaun mereka, dan tidak menggunakan ulasan pihak ketiga. Fakta JomSewa diambil dari produk kami sendiri. Kami tidak menyusun ikut "terbaik" kerana jawapannya bergantung pada bilangan kereta, bajet dan bahasa anda. Jumpa fakta yang salah? Emel hello@getjomsewa.com dan kami betulkan.

⭐ Suka panduan ini? Tambah JomSewa sebagai sumber pilihan di Google, supaya panduan kami lebih kerap muncul dalam carian dan AI Overview anda.